Tuesday, November 2, 2010

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental
dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak. Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luar biasa bagi memudahkan rawatan. Sebagai contoh, jika dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung. Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat saringan berikut:
                                 

Sunday, October 24, 2010

Keindahan Bukit Keluang Resort..

Bukit Keluang Resort, Besut adalah sebuah resort yg amat cantik dan indah terletak di berhampiran Pantai Bukit Keluang. Rekabentuk resort ini amat unik kerana sentuhan senibina tradisional Melayu.


Resort ini mempunyai lebih 50 buah bilik dari pelbagai jenis dari taraf standard jenis vila. Harga bilik pula dari RM180 hingga RM800 satu malam. Harga bilik tidak mahal mana kerana anda dapat memilih bilik yang bersesuaian cita rasa anda dan dengan kemudahan yang terdapat di resort ini.


Suasana bilik amat menarik dengan ukiran kayu dan bermotif tradisional Melayu. Bilik juga amat selesa dan hiasan lampu yang memberi kepuasan kepada tetamu resort ini.


Resort ini juga menawarkan pakej seminar dengan kadar harga yang berpatutan serendah RM85 seorang dengan bilik tidur berkongsi Pakaj seminar tanpa menginap ditawar pada harga RM35 seorang. Kemudahan dan peralatan multimedia untuk seminar yng disediakan untuk melancar perjalanan seminar.


Dengan buah kolam terdapat di resort untuk kemudahan tetamu dengan lanskap yang menarik. Yang pasti anda akan berpuas hati dan terpukau kehebatan resort ini...

Thursday, October 14, 2010

Majlis Bicara Karya Sastera

14/10/2010...
Pada hari ini, telah berlangsung Majlis Bicara Karya Sastera di makmal Pengajian Melayu. Bicara karya ini telah membincangkan hasil-hasil karya daripada penulis yang terkemuka di tanah air iaitu sasterawan negara yang ke 10 iaitu Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Terdapat banyak manfaat dan info yang berguna yang telah saya dapati sewaktu mendengar perbincangan daripada ketiga-tiga ahli panel tersebut. Sedikit sebanyak ianya dapat memberikan ilham kepada saya menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan oleh pensyarah. Sasterawan negara iaitu Dato' Dr Anwar Ridhwan juga telah memberikan perangsang kepada kami, supaya lebih meminati kerjaya sebagai sastera setelah beliau menceritakan pengalaman- pengalaman beliau seawal berjinak dalam penulisan kreatif ini. Saya berharap saya akan lebih maju dan meminati sastera dengan lebih mendalam lagi selepas ini. InsyaAllah~~~

Thursday, October 7, 2010

Secubit Garam Sesudu Rasa..

                                    Nasi Dagang Terengganu...
           Sungguh berasa selera sekali jika dapat makan nasi dagang ini kan. Al maklumla
nasi dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut serta dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan. Di bawah ini saya sediakan resepi.


Bahan-bahan:   
  • 4  cawan beras siam wangi
  • 1  cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1  3/4 cawan santan pekat)
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 cm halia - dimayang halus
  • 3/4 sudu besar halba
  • 1 sudu besar garam (paras rata)
      Cara membuatnya:
  • Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam atau semalaman sebelum dikukus
  • Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
  • Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
  • Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak  
  • Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
  • Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
  • Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
  • Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.
      Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn
      daun  pandan/daun pisang sedikit.
      (JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat/tak masak pulak)


GULAI IKAN NASI DAGANG

      Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang..byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kelapa – dijadikan 4 cawan santan
  • 2 cm. halia
  • 2 cm. lengkuas
  • 4 keping asam gelugur
  • 1 cm kunyit hidup
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 5 - 6 biji buah belimbing buluh
  • 10 biji lada kecil
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
      Cara membuatnya:
  • Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan
  • Kemudian direbus dengan sedikit air
  • Masukkan garam dan 2 keping asam gelugur
  • Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya
  • Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
  • Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
  • Panaskan minyak dan masukkan cili kisar diikuti dgn bahan yang telah ditumbuk lumat kemudian bila wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih
  • Masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur dan gula melaka
  • Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
  • Masukkan lada kecil dan buah belimbing
  • Biarkan mendidih seketika baru diangkat

ACAR TIMUN NASI DAGANG
      Bahan-bahan:
  • 1 biji timun
  • 1 biji cili merah        }dimayang
  • 1 biji cili hijau           }dimayang
  • 2 biji bawang merah } dimayang
  • 1 batang lobak merah
  • 4 sudu makan cuka
  • 2 sudu gula
  • Garam secukupnya
      Cara membuatnya:
  • Timun dan lobak merah dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm.
  • Campurkan bersama bawang merah, cuka, gula dan garam di dalam sebuah bekas
  • Kacau sehingga sebati dan rata
  • Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan


Wednesday, October 6, 2010

Siapa dia A. Samad Said?????

A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards). Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.


Penglibatan memperjuangkan bahasa
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.
Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.
Untuk mendapat kuasa, pemimpin UMNO menggunakan bahasa Melayu. Tetapi setelah berkuasa mereka membuang bahasa Melayu. Penonton hendaklah jerit 'Gunakan Bahasa Inggeris' jika mereka masih berbahasa Melayu. Orang Melayu bolehlah undi sesiapa sahaja kecuali UMNO. Hanya PAS atau Keadilan yang boleh menyelamatkan orang Melayu.
A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.


Sunday, October 3, 2010

Akademi Sastera

30/09/2010
Aku bersama-sama budak kos aku telah pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami telah dibawa oleh pensyarah novel Melayu iaitu Che Lah Che Ya untuk menyaksikkan Akademi Sastera yang sedang berlangsung di sana. Dua orang pelajar dari UKM juga ada menyertainya iaitu Wan Mohd. Syazwan Wan Ngah pelajar persuratan Melayu tahun 2 dan Nurul Fitriah Afifi Baharuddin pelajar persuratan Melayu tahun 3, walaupun mereka tidak berjaya untuk ke pusingan akhir namun menurut aku mereka telah membuat yang terbaik. Objektif Akademi Sastera adalah untuk menanamkan semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa, khususnya sastera kebangsaan di peringkat pelajar-pelajar pengajian tinggi. Selain itu, memastikan pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan remaja mendekati sastera, memahami sastera dengan lebih teliti bukan sahaja sebagai subjek di dalam kelas, tetapi sebagai penambah pengetahuan am. Objektif Akademi Sastera juga untuk membimbing pelajar pengajian tinggi lebih memahami sekaligus menghayati subjek sastera yang dipelajari kerana tajuk perkara yang dipelajari akan dipastikan berkaitan subjek tersebut. Dengan adanya program Akademi ini nescaya akan melahirkan insan yang celik minda di samping dapat memupuk daya kreativiti pelajar melalui perbincangan berdasarkan karya-karya sastera. Saya ucapkan tahniah kepada pihak DBP yang menganjurkan program seperti ini dan diharapkan dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Sekian..

Thursday, September 23, 2010

Di sinilah bermula kehidupanku......
Aku dibesarkan di sebuah kampung yang dikelilingi pemandangan sawah padi yang memberikan pandangan yang mempesonakan!! Sesungguhnya kedamaian yang begitu terasa apabila melihat pemandangan sawah padi yang menghijau menunggu masa untuk menguning di samping melihat awam di kaki langit yang kebiruan begitu menggamit perasaanku. Allah telah memberikan rezeki kepada kami melalui sawah padi, pemandangan itu pula nikmat Allah yang luar biasa. Sesungguhnya aku berasa bersyukur sekali dibesarkan di kawasan sawah padi kerana hari-hari aku dapat menyaksikan pemandangan yang begitu mengasyikkan kerana ramai orang lain yang tidak berpeluang melihat sawah padi secara realiti, alangkah ruginya mereka kan!!! Melihat pemandangan yang Allah kurniakan ini memberikan aku ketenangan, ilham dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Melaluinya aku telah belajar banyak perkara kerana dalam hidup ini bukan senang untuk berjaya. Untuk berjaya kita memerlukan kesabaran dan usaha gigih begitu juga orang yang mengusahakan sawah padi ini. Aku rasa setakat ini dulu hari ini... berjumpa di lain masa, Sekian...