30/09/2010
Aku bersama-sama budak kos aku telah pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami telah dibawa oleh pensyarah novel Melayu iaitu Che Lah Che Ya untuk menyaksikkan Akademi Sastera yang sedang berlangsung di sana. Dua orang pelajar dari UKM juga ada menyertainya iaitu Wan Mohd. Syazwan Wan Ngah pelajar persuratan Melayu tahun 2 dan Nurul Fitriah Afifi Baharuddin pelajar persuratan Melayu tahun 3, walaupun mereka tidak berjaya untuk ke pusingan akhir namun menurut aku mereka telah membuat yang terbaik. Objektif Akademi Sastera adalah untuk menanamkan semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa, khususnya sastera kebangsaan di peringkat pelajar-pelajar pengajian tinggi. Selain itu, memastikan pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan remaja mendekati sastera, memahami sastera dengan lebih teliti bukan sahaja sebagai subjek di dalam kelas, tetapi sebagai penambah pengetahuan am. Objektif Akademi Sastera juga untuk membimbing pelajar pengajian tinggi lebih memahami sekaligus menghayati subjek sastera yang dipelajari kerana tajuk perkara yang dipelajari akan dipastikan berkaitan subjek tersebut. Dengan adanya program Akademi ini nescaya akan melahirkan insan yang celik minda di samping dapat memupuk daya kreativiti pelajar melalui perbincangan berdasarkan karya-karya sastera. Saya ucapkan tahniah kepada pihak DBP yang menganjurkan program seperti ini dan diharapkan dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Sekian..
No comments:
Post a Comment